~followers~

Saturday 13 June 2015

berat melepaskan tapi aku redho!

sebenar susah nk menulis pasal entry kali ini . air mata dah siap bertakung dah ni tunggu masa je ni .  cerita kali ni kembara 4 hari terakhir di hospital raja permaisuri bainun . yaaaa salah satu kenangan yang tak kan dilupakan sampai bila2 seumur hidup ku . ya Allah berat dugaanMu buat kami sekeluarga tapi aku redha dan pasrah mungkin ini ketentuanNya yang terbaik buat kami sekeluarga cause im believe Allah plans is much better than human's plan . Allah Maha Mengetahui..

jumaat/sabtu - 22/5/2015-23/5/2015

ekceli siang tu tetiba mata opah segar je then bila mak ngan maklang tegur opah senyum . automatik semua berharap ya Allah mungkin ini perubahan opah utk kembali sembuh tapiii. .malam tu keluargaku terlebih dahulu mendapat berita sedih diatas pemergian arwah ayah abg arip iaitu bakal abg iparku . semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman. malam tu dlm pukul 10 nafas opah dah takberapa stabil then aku panggil maklang . masa tu dhdebar Allah je yang tahu .tetiba aku rasa xsedap hari aku pg amek wuduk then baca yassinlpstu dlm kul 11 tu nafas opah dh kembali normal as usual . dlm kul 12 mak ayah dh balik dr ziarah arwah . then nafasopahkembali macam td . mak, maklang dah mula nangis dah termasuk aku . Allah je yang tahu . sayu sangat tgk bila opah terangkat badan untuk bernafas  . masa tu just bisik kt opah jgn benda lain just ingat Allah je . . automatik teros call maktam n nani suh dtg sbb kami semua dh risau then bila maktam n nani sampa iterus nani ckp terus call ambulans then dlm kul 3 ambulans dtg terus shoot pi hospital . bermalam aku,mak,maklang,maktam n nani kat hospital sampai esoknyaa then ptg sabtu dlm kul 7 baru aku balik . . .


ahad/isnin -24/5/2015- 25/5/2015

bermula lah rutin di hospital dari jam 10 pagi sampai 7 malam  . seharian di hospital menjaga opah . malam su take over jaga opah. semasa di hospital memang bacaan surah yassin memang tak berhenti start dr pagi hingga petang . yaa aku nampak opah bertarung untuk menarik nafas . berat sangat mata memandang . hari sabtu tu ada seorg doktor lihat  n check keadaan opah . sumpah aku tak sangka  yang aku akan dengar benda tu sorang2 . doktor ckp beliau suruh bersiap sedia jika sebarang keadaan berlaku sbb faktor usia opah. Allah je tau perasaan aku mcm mana . rasa lemah je lutut automatik terus aku duduk . masa tu terus call mak ckp apa yg doktor ckp dan mmg dah siap sedia call sedara maraa semua. ya Allah ..


selasa - 26/5/2015

yaa hari yang aku akan ingat seharian hidupku. .hari yang sangat hiba/sedih dalam hidup keluarga hj latiff .  pagi tu mcm biasa jaga opah mcm biasa . tukar pampers opah, kipas2 opah then lap badan opah . tp sumpah aku rasa lain n berat je haritu .sampai aku call mak suh dtg awal sebab aku takot tgk keadaan opah even doktor ada tp semangat dr family yang membuatkan kita lagi kuat.  petang sebelum arwah pergi sempat lagi aku ambik gambar sbb nk hantar kat sedara mara yg jauh . sume pakatnk turun ipoh hari sabtu tp semua terlambat.  mamak yahya pun sempat ambik gambar sebab nk tunjuk keadaan opah buat anak2 nya kat kl . rupa-rupanya tu tanda nk amek gambar arwah buat kali terakhir. petang tu mak cakap dekat maklang yang tak larat dan tak sanggup meninggalkan arwah opah di hospital .  dlm kul 4.30 ptg nurses dtg bg susu then masa nk pi solat asar opah tidur mcm biasa . sbb dah lam tak nampak opah tidur lena mcm tu . masa tu mmg ckp alhamdulillah opah dah tidur lena .rupa-rupanya opah tidur buat selamanya. ya Allah . . aku tinggalkan opah dan pi solat asar .  ptg tu sempat abg kamal n edi dtg melawat arwah opah buat kali terakhir di hospital . pasti abg aku pendi terkilan sbb beliau berada di sabah atas urusan tertentu . beliau tidak dpt melihat wajah arwah buat kali terakhir . takdir menentukan segalanya tepat jam 9.30 maklang telepon yang opah dah pergi meninggalkan kami sekeluarga . sedih/ hiba meratapi kami sekeluarga . sampai je hospital aku ternampak sekujur badan yang sudah diikat terbaring diatas katil . ya Allah aku tak sanggup untuk melihatnya . .dirumah ayah dan abg2 aku yang lain sudah mengemas untuk menunggu arwah sampai . dalam jam 12.30 jenazah selamat sampai di gopeng . suasana makin sedih bila membuka ikat kain untuk melihat opah . ya Allah...bacaan ayat suci alQuran terus dibaca oleh anak2, cucu2 dari arwah  sehingga ke pagi, . sedara mara semuanya sampai malam tu jugak . ya Allah . .

rabu- 27/5/2015

urusan mandian jenazah bermula jam 8.30 pagi sebab arwah akan dikebumikan sebelum zohor . aku bersyukur aku dapt bersama-sama menjaga opah di hospital, memandikan jenazah dan mengapankan jenazah cuma masa solatkan jenazah aku tidak sempat .. menyesalnya Allah swt je yang tau  .selepas selesai mengapankan jenazh anak2, cucu sume diminta untuk mengucup arwah buat kali terakhir  .  seumur hidupku itu merupakan benda yang paling sedih/hiba yang pernah alami dlm hidup ni . suara tangisan je kedengaran semasa tu . ya Allah . dalam jam 12.30 selesai pengebumian arwah . alhamdulillah . .selama 3 hari berturut2 kenduri tahlil dilakukan buat arwah dan sekali dilakukan di kampung selepas 2 minggu pemergian arwah .


seumur hidup aku tidak pernah lihat beliau tidak solat, mengaji perkara wajibnya cuma masa beliau sakit baru beliau tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawabnya . hebat percaturan Allah . Dia bagi hambanya menahan kesakitan selama sebulan lebih . sakit itu kafarah  . mungkin Allah swt mahu menyucikan segala dosa- dosa yang pernah dilakukan oleh hambaNya .  Rasulullah saw bersabda  apabila anak adam itu mati cuma 3 perkara yang hanya dibawa   .1) doa anak yang solat . 2) ilmu yang bermanfaat dan terakhir sekali amal jariah yang dilakukan arwah semasa hidup.

opah, walaupun jasad opah tiada lagi dimuka bumi ini tapi wajah opah sentiasa bermain dimata ikin dan semua anak2 dan cucu opah . opah, ikin minta maaf selama ini . mungkin banyak dosa ikin kat opah . ya Allah kau tempatkan arwah opah dikalangan orang yang beriman . .aamiin aamiin ya rabbal alamiin...


#Syazwanxfarah

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi one of  my classmate dh kahwin  . yeyyyyyyyy . tahniah kak farah and abg wan . korang berdua mmg pasangan yg secocok . untung kak farah dikurniakan abg wan dan abg wan bertuah dikurniakan insan sebaik kak farah . both of you complete each other and it become perfect guyssssss . Kak farah yang kahwin kami2 ni pulak yang excited terlebih .  after kak farah's wedding whos next guysssss . .hahaha . best berkumpul ramai2 then bahan- membahan   . kalau ada geng kedah mesti lagi best. . tahniah kak farah dan abg wan . ikin doakan semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga Allah. .sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pulak suami isteri . selamat menempuh alam rumah tangga .cepat2 dapat baby kami tak sabar nk tunggu junior farah dan junior syazwan . hihi .  psssttt doakan ikin pulak next k . hahahaha . .




 sis belanja satu gambar jeeeeeeeeeee . #teammelonnnnnnnnnnnnnn #Syazwanxfarah #AP1155A
#UITMPERAK #DIPLOMA